Mengenai Kami

Mencapai kecemerlangan di dalam sektor pembinaan memerlukan lebih daripada pengalaman. Ia memerlukan komitmen yang tinggi, keghairahan terhadap kualiti dan keberanian untuk menempuh cabaran-cabaran masa depan. YUSRI MAJU SENDIRIAN BERHAD telah dibina berpandukan kesemua asas-asas penting ini.

Pada awalnya syarikat ini telah ditubuhkan atas nama YUSRI MAJU ENTERPRISE pada 12hb Oktober 2003.  Syarikat ini telah didaftarkan di bawah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sebagai kontraktor kelas “F” dan didaftarkan juga dengan Lembaga Pembagunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).  Walaubagaimanapun syarikat ini kemudiannya telah menerima tawaran untuk dinaik taraf kepada kontraktor kelas “C”.  Malahan, syarikat ini juga telah didaftarkan dengan beberapa jabatan kerajaan yang lain iaitu Badan Berkanun dan Jabatan Pembangunan Negeri.

Namun, setelah ENAM TAHUN teguh berdiri di atas berkat usaha pengusaha iaitu ENCIK MOHD YUSRI BIN MUHAMMAD NOR, syarikat ini melebarkan sayapnya dan menaikkan taraf syarikat ini kepada YUSRI MAJU SENDIRIAN BERHAD pada 21hb Januari 2008.  Sementara YUSRI MAJU ENTERPRISE pula dijadikan sebagai anak syarikat kepada YUSRI MAJU SENDIRIAN BERHAD.

Pada hari ini syarikat ini telah berjaya mengorak langkah di dalam bidang pembinaan dan berjaya menggabungkan teknologi pembinaan terkini dengan dedikasi tenaga kerjanya dengan matlamat untuk menjadi salah satu daripada syarikat pembinaan yang progresif dan diyakini di Pantai Timur.