Polisi Keselamatan & Kesihatan

  • Kami sentiasa komited terhadap perlaksanaan perundangan dan peraturan yang telah digariskan untuk industri pembinaan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Kami komited dalam menyediakan persekitaran dan tempat kerja yang selamat dan sihat kepada semua pihak yang berurusan dengan operasi kami.
  • Polisi kami ini adalah berlandaskan kepada niat dan hasrat yang ikhlas dalam mengelakkan kecederaan peribadi, suasana kerja yang berbahaya dan kerosakan kepada harta benda dan peralatan. Kami akan memastikan semua bahaya dijauhi, prosedur keselamatan dikuatkuasakan dan peraturan diikuti. Kami percaya bahawa inisiatif dan kerjasama pihak pengurusan, kakitangan dan lain-lain pihak yang berurusan dengan kami, akan membantu pencapaian matlamat persekitaran yang sihat, selamat dan jauh dari risiko kemalangan dan penyakit.